perihal saya

My photo
saya hanya memerhati sambil mengkaji.tiada apa yang salah atau betul dalam dunia ini,iahanya perspektif.semua benda adalah "subjektif"

Monday, February 22, 2010

.melayu ini lalang.

.saya menulis atas pengetahuan saya selepas membaca,jadi tidak hairanlah kalau isi yang saya singkapkan pernah anda baca dalam mana-mana artikel mahupun bahan bacaan.


.bila sebut lalang,teringat semak samun.saya akui,saya sukakan panorama yang dipenuhi lalang.nampak seninya.lagi-lagi kalau apabila lalang ditiup angin,lalang hanya mengikut tanpa sebarang sesalan.hmmm,senang dikata,lalang ini tiada pendirian!!indah tapi lembut.sama seperti bahasa melayu,indah tapi lembut.selalu berubah,panggilan bahasa itu sendiri berubah.sekejap kata bahasa malaysia,sekejap kata bahasa melayu.saya sebagai pelajar pun pening.dalam kertas ujian nak tulis apa?bahasa melayu atau bahasa malaysia!!!sama juga seperti kosmetik,kotaknya ditukar namun isinya sama sahaja.banyak betul perumpamaan bahasa ibunda kita ini.

.ketika kamu membaca celoteh ini,ada bahasa yang sedang mati dibunuh,bahasa melayu pula sedang diseksa zahir dan batinnya.mari kita kaji mengapa bahasa ibunda kita ini di seksa sebegini rupa?

.pertamanya ingin saya tudingkan jari kepada pihak kerajaan,namun begitu,isu ini tidak akan saya ulas di arena blog ini.mereka yang turut menyumbang kepada penderaan bahasa melayu ini dalah remaja.kenapa remaja!!senang saya katakan ialah kerana perkembangan bahas sms yang terlalu mendadak,yang paling mencuit hati saya adalah perkembangan bahasa W.

"awak adew apew jew pewtang ni,kitew pewgi tengok movie yew"

terbelit lidah saya,macam comel sangat la tu!!
okay,rojak itu sedap tapi kalau makan terlalu banyak sakit perut.bahsa rojak,dah sinonim sangat dengan kita,malas diulas kerana ini isu biasa.sudah terlalu ramai cendekiawan sentuh dan saya tidak layak menandingi mereka.

saharil hasrin sani menulis
"ketika kamu membaca ini,ada bahasa yang sedang mati dibunuh.mengikut national geographic,setiap dua minggu,satu bahasa akan dipusarakan tanpa talkin dan nisan.bagi jawi,walaupun bukanlah sebetulnya bahasa tetapi adalah cara penulisan,keadaanya sedang nazak pada waktu ini.mungkin kita sudah boleh mula menulis belasungkawa."

No comments: