perihal saya

My photo
saya hanya memerhati sambil mengkaji.tiada apa yang salah atau betul dalam dunia ini,iahanya perspektif.semua benda adalah "subjektif"

Monday, February 22, 2010

.melayu ini lalang.

.saya menulis atas pengetahuan saya selepas membaca,jadi tidak hairanlah kalau isi yang saya singkapkan pernah anda baca dalam mana-mana artikel mahupun bahan bacaan.


.bila sebut lalang,teringat semak samun.saya akui,saya sukakan panorama yang dipenuhi lalang.nampak seninya.lagi-lagi kalau apabila lalang ditiup angin,lalang hanya mengikut tanpa sebarang sesalan.hmmm,senang dikata,lalang ini tiada pendirian!!indah tapi lembut.sama seperti bahasa melayu,indah tapi lembut.selalu berubah,panggilan bahasa itu sendiri berubah.sekejap kata bahasa malaysia,sekejap kata bahasa melayu.saya sebagai pelajar pun pening.dalam kertas ujian nak tulis apa?bahasa melayu atau bahasa malaysia!!!sama juga seperti kosmetik,kotaknya ditukar namun isinya sama sahaja.banyak betul perumpamaan bahasa ibunda kita ini.

.ketika kamu membaca celoteh ini,ada bahasa yang sedang mati dibunuh,bahasa melayu pula sedang diseksa zahir dan batinnya.mari kita kaji mengapa bahasa ibunda kita ini di seksa sebegini rupa?

.pertamanya ingin saya tudingkan jari kepada pihak kerajaan,namun begitu,isu ini tidak akan saya ulas di arena blog ini.mereka yang turut menyumbang kepada penderaan bahasa melayu ini dalah remaja.kenapa remaja!!senang saya katakan ialah kerana perkembangan bahas sms yang terlalu mendadak,yang paling mencuit hati saya adalah perkembangan bahasa W.

"awak adew apew jew pewtang ni,kitew pewgi tengok movie yew"

terbelit lidah saya,macam comel sangat la tu!!
okay,rojak itu sedap tapi kalau makan terlalu banyak sakit perut.bahsa rojak,dah sinonim sangat dengan kita,malas diulas kerana ini isu biasa.sudah terlalu ramai cendekiawan sentuh dan saya tidak layak menandingi mereka.

saharil hasrin sani menulis
"ketika kamu membaca ini,ada bahasa yang sedang mati dibunuh.mengikut national geographic,setiap dua minggu,satu bahasa akan dipusarakan tanpa talkin dan nisan.bagi jawi,walaupun bukanlah sebetulnya bahasa tetapi adalah cara penulisan,keadaanya sedang nazak pada waktu ini.mungkin kita sudah boleh mula menulis belasungkawa."

Sunday, February 21, 2010

.ceh,kalau macam nie macam mana nak maju.


.kita semua kepoh nak kaya,(bukan kaya kelapa yang dicicah gardenia ataupon hi 5)ini dalah kaya wang.tetapi apa yang kita buat(bukan kita semua namun sebilangan sahaja,maaf atas penggunaan "kita" terlalu umum).orang yang berjaya(gamba di bawah)


.tengok saham lah,baru berjaya.



.dan kalau nak berjaya cara macam bawah nie,baik tak payah!!



.yang tak boleh perginya,orang yang pakai baju melayu tu.nie mesti lepas balik sembahyang jumaat,takpon sembahyang raya.abis je sembahyang terus beli nombor.dapat ilham nombor la tu masa sembahyang,dah kompem sembahyang tak khusyuk.asik pkir nombor je.



kecewa bursa saham malaysia Pictures, Images and Photos

.post pertama.

.kedai mamak?apa kaitan blog ini dengan kedai yang sememangya sinonim dengan rakyat malaysia.entah,saya pun tidak tahu mengapa "kedai mamak" boleh menjadi tajuk blog saya ini.ahhh,abaikan saje.

.mengenai blog ini,saya hanya akan menceritakan tentang malaysia,bukan dari segi skema(seperti sejarah ke apa ke)tetapi dari pandangan saya sebagai seorang pemerhati.mungkin cara penulisan saya agak bosan tetapi cubalah baca apa yang saya tulis dan cuba kaji.jangan percaya segala apa yang saya tulis kerana tiada salah dan tiada betul,ia hanyalah perspektif.

.perihal saya pula,cukuplah saya menjadi seorang pelayan kedai mamak,memerhati sambil mengkaji.meneliti sambil menkritis.identiti saya biarlah menjadi tanda tanya,kerana kalau kamu mengenali saya,kamu tidak akan percaya saya akan menulis di dalm blog yang agak skema ini.ya,ini blog kedua saya,masih aktif menulis blog di blog pertama itu tetapi biarlah blog ini menjadi luahan dan kritikan saya tentang kita sebagai rakyatnya.

.ok,ini hanyalah permulaan saya sebagai penulis blog skema.